Showing posts with label it's blogging. Show all posts
Showing posts with label it's blogging. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

tolong BACA dan FAHAM

assalamualaikum

kali ini aku tulis bukan untuk saja-saja tulis, bukan sebab nak habiskan masa sebab aku memang tak punya masa yang cukup sebab perlu study untuk exam, bukan juga aku tulis sebab...sebab...sambil tulis boleh dengar lagu taeyang,creed yang aku baru download, bukan juga aku mahu menikmati saat-saat akhir aku online. tapi aku tulis dengan tulus suci murni kali ini untuk memberi sedikit explanation kepada rakan-rakan aku di luar sana. explanation? aku ada scandal kah?

tak de..tak de..ni bukan scandal. ni tentang hidup[serius beno bunyi nyo]. straight to the point, aku nak tanya korang sana, kalau ade mase boleh la klik mana-mana bagi aku jawapan. soalan aku:  

"Kenapa korang buat account Blogger, Twitter, Tumblr etc..etc..?" 

seriously, kenapa eh manusia ni suka sangat sign up benda-benda camni. kalau boleh semua benda lah dia nak ade account. lepas tu, lepas dah sign up merata-rata tu mula la tertuka password, tak ingat letak usernama apa, tak ingat guna email yang mana satu sebab email ade 10. dan mula la buat yang baru. dengan sebab : aku mesti try benda alah ni.
terkena batang hidung? aku dulu pun macam ni gak. jangan bimbang. u'r not alone beybeh! tapi tu dulu la. mase mula-mula kenal internet dulu. ala..dulu-dulu...time kamarukk! stop..stop..soalan aku bukan setakat tu je..aku nak tanya, bila korang buat tu ape yang korang mahu?? the functions kah? atau the FOLLOWERS??

aku la paling anti manusia yang bila mana dia buat sesuatu benda tu semata-mata nak kumpul followers yang ramai. weih!!kau buat mazhab baru ke yang nak ramai sangat followers ni heh?kalau budak form 2 yang buat tu boleh tahan la. sebab tu zaman meng'gedik'kan diri. zaman nak 'acu cubo try test' kebolehan diri mencipta username, email ID yang paling kunonnye paling 'rock', 'up-to-date', 'kreatif lagi inovatif' dan banyak paling lagi la. tang tu ai boleh terima. tapi kalau dah tua bangka, dah nak masuk U or memang dah masuk U, dah nak jadik mak bapak orang dah, tang tu ai tak boleh terima. 

nak tanya, adakah anda menyertai pertandingan 'siapa paling ramai followers akan memenangi trip to goldcoast' yang macam power root tu? kalau ada beritahu la aku sekali. boleh aku buat Blogwalking dan seterusnya mencari ruang-ruang untuk aku taip : "i ikut u, u ikut i balik eh. terima kasih:D" dengan senyuman meniti.

nak cakap sikit, katakan lah kau suruh orang folo-molo kau kan, lepas tu individu 'A' yang menekan butang 'follow' disebabkan diugut secara lembut lemak berkrim itu folo kau, boleh ke kau gerenti si A ni baca setiap apa yang akan kau tulis, follow-up ur every post, in other word, be the true follower? nak  ke dia. dah la kau tu A tak kenal lansung, pastu tiba-tiba je nak suruh baca setiap kali kau post. kalau tajuk menarik, boleh memberi intipati saripati yang berguna, boleh memberi pengajaran tu tak per la. ni post tentang 'aku tak suka makan ikan yang dining bagi', 'toilet rumah aku wangi', 'biskut beras itu best' etc..etc...

bukan aku tak bagi korang nak post benda-benda camni. tu blog korang, so suka hati la kau nak mencarut ape. masalahnya, kau orang punye followers tu terdetik ke di hati nak baca post-post macam tu hah? bagi aku, sory to say TAK. 

so rasa-rasa nye tu je la kot aku nak explain bak kata aku di atas sinun. maaf jika terasa hati. sebab benda ni dah lama aku fikir.sejak aku berkemaruk dengan social web lagi. memang la, kalau kita log in twitter, pastu tengok followers kurang satu, rasa sedih tu tetap ada. tapi maybe it's because kita punya tweets yang annoys that particular person so much. who knows?hati orang bukan kita boleh agak.so think-think lah..

post panjang. i noe. i'm shakespears but i elaborate more so u guys dah tak perlu kopek lagi dah die punya isi post ini. terima kasih for reading n wasalam:D